Wednesday, 24 May 2023

001 Kitab Talbis Iblis [ تلبيس إبليس ] Karangan Imam Ibnu al-Jauzi

 001 Kitab Talbis Iblis [ تلبيس إبليس ]  Karangan Imam Ibnu al-Jauzi 

002 Makna Talbis Iblis [ تَلْبِيسُ إِبْلِيس ]

----------------------- 
Makna Talbis Iblis [ تَلْبِيسُ إِبْلِيس ]
-----------------------
Talbis maksudnya menampakkan kebatilan dalam rupa kebenaran.  Talbis adalah menzahirkan yang bathil dalam bentuk yang betul. Meletakkan yang tidak betul di dalam tempat yang betul.
-----------------------
Kata Imam al-Jauzi
-----------------------
Berkata Imam Al-Jauzi, "Makna ghurur itu seperti kejahilan yang menimbulkan keyakinan bahawa yang rosak itu lurus dan hina itu bagus. Sebabnya ialah rasa waswas. Iblis menyusup ke dalam diri manusia bergantung kepada kadar yang mungkin, boleh bertambah dan boleh berkurang, bergantung kepada kadar yang dimungkinkannya, bergantung kepada kadar kesedaran dan kelalaian manusia, kemahiran dan kejahilannya."
------------------------
Contoh Mudah utk Faham makna Talbis Iblis
------------------------
Contoh yang mudah seperti daging khinzir dibungkus di dalam bungkusan yang terdapat padanya cop halal. Daging khinzir secara jelas dan nyata adalah sesuatu yang haram. Namun ia dibungkus di dalam bungkusan yang tertera padanya cop yang halal dan suci. Maka bagi pembeli yang tidak mengetahui bahawa itu adalah daging khinzir, dia akan terkeliru dan mungkin akan membelinya kerana tertipu dengan cop halal pada bungkusannya. Dan lebih buruk lagi dia akan memasak dan menghidang kepada keluarganya daging tersebut, kerana dia tidak ada ilmu bagi membezakan daging yang halal dan juga daging yang haram dimakan. Ini disebabkan dia sudah tertipu dengan cop halal pada bungkusan tersebut. Begitulah yang dapat dikaitkan dengan makna talbis.
-------------------------
Makna GHURUR ( الْغُـــرُور )
-------------------------
Ghurur adalah sejenis kejahilan yang menyebabkan sesuatu yang rosak itu betul, dan sesuatu yang betul itu rosak. Ini kerana dia telah berjaya diperdayakan oleh syaitan. Contohnya seperti pada zaman baginda Rasulullah S.A.W., ketika baginda menyampaikan dakwah yang benar, tetapi dilihat sebagai dusta oleh kafir Quraisy pada ketika itu. Kaum kafir Quraisy pada ketika itu telah berjaya diperdayakan oleh tipu daya Iblis.

 

003 Definasi Iblis [ إِبْلِيـــس ] - Makna Lafaz IBLIS

Kalimah IBLIS ( إِبْلِيس ) - Kalimah Iblis menurut bahasa Arab adalah daripada perkataan [ بَلَسَ ] yang membawa erti [ طُرِدَ ] iaitu dibuang, disingkir, dicampak atau dihalau. Manakala kalimah Iblis maka dia memberi makna / maksud [ الْمَطْرُودُ مِنْ رَحْمَةِ الله ]. Iaitu makhluk yang dicampak, dibuang dan dihalau dari Rahmat Allah. - Kata al-Mabidi -  Makna Iblis ialah [ الْيَائِسُ ] ertinya yang putus asa, merujuk kepada Iblis yang putus asa dari Rahmat Allah.

Monday, 22 May 2023

'Azazil ( عزازيل ) - Nama Asal Iblis

 Juga direkodkan sebelum digunakan nama Iblis ini, nama asalnya ialah 'Azazil ( عَزَازِيل ).

Sunday, 21 May 2023

Nama Iblis Disebut Allah Dlm Quran

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.

قال تعالى: ﴿ قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ * قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ * قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ * وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَى يَوْمِ الدِّينِ * قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ * قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ * إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُوم ﴾ [ص: 75 - 81].

Iblis Moyang Syaitan Bukan Moyang Jin

Ada juga yang berpendapat bahawa Iblis adalah bapa kepada seluruh Syaitan dan bukan bapa kepada Malaikat atau Jin.

Saturday, 20 May 2023

Jin Dicipta Dari Nyala Api Yang Amat Panas

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ 

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

- خُلِقَتِ الملائكةُ من نُّورٍ ، و خلق الجانَّ من مارِجٍ من نارٍ ، و خلق آدمَ مِما وُصِفَ لكمْ - الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع | الصفحة أو الرقم : 3238 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | التخريج : أخرجه مسلم (2996)
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah dijelaskan kepada kalian semua." (HR Muslim dan Ahmad).

001 Kitab Talbis Iblis [ تلبيس إبليس ] Karangan Imam Ibnu al-Jauzi

 001 Kitab Talbis Iblis [ تلبيس إبليس ]  Karangan Imam Ibnu al-Jauzi